CERPEN: MELLISA...!

Sinopsis:

Melissa baru sahaja pulang dari pejabat surat khabar. Dia berasa tidak tenteram setelah bertemu Syahid, kawan lamanya ketika di universiti dahulu. Peristiwa tersebut membuatkannya teringat kepada seorang kawannya sepermainannya sewaktu kecil dahulu, Hisyam. Hampir setiap hari Hisyam pasti mengunjunginya dan meraka bermain-main bersama-sama.  Persahabatan mereka sangat akrab sehingga Hisyam pernah menyatakan bahawa apabila besar nanti, dia akan memperisteri Mellisa. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam tragedi 13 Mei 1969.

Peritsiwa hitam itu benar-benar meninggalkan kenangan pahit kepada beliau. Tarikh 13 Mei juga telah dipilih Melissa sebagai tarikh untuk beliau menyediakan penulisan tesis dalam bidang sejarahnya. Mellisa perlu menyiapkan penulisan ilmiah ini sebelum beliau dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah. Kajiannya setebal 215 muka surat telah merungkai punca-punca berlakunya rusuhan kaum pada tarikh hitam itu. Dalam kajian Mellisa, punca rusuhan kaum adalah akibat dasar secara devide et empera, iaitu pemisahan kaum secara kedudukan geografi. Penjajah Inggeris sememangnya tidak suka penduduk Tanah Melayu bersatu ketika itu. Orang Melayu dibiarkan hidup secara tradisi di kampung-kampung, manakala oarang-orang Cina ditempatkan di bandar-bandar dan menguasai bidang perniagaan. Orang India pula ditempatkan di dalam ladang-ladang milik Inggeris sebagai buruh ladang. Dasar ini menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin lama semakin menebal walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Untuk menyiapkan kajiannya, Mellisa juga menjalankan kajian secara menemu bual mangsa-mangsa tragedi 13 Mei untuk mengetahui kisah sebenar peristiwa berdarah itu.

Hubungan Mellisa dengan Syahid semakin intim. Walau bagaimanapun hubungan mereka terganggu kerana Mellisa menyertai angkatan tentera Malaysia. Mellisa lebih sayang akan negaranya daripada persahabatan dengan Syahid. Kejadian ini menyebabkan Syahid terasa seperti dipermainkan dan sangat kecewa dengan sikap Mellisa. Mellisa telah bertekad untuk menjadi warganegara yang setia kepada negara Malaysia walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di luar negara, tetapi hati dan jiwanya ialah anak Malaysia yang sejati. Dia tidak mungkin balik ke tanah tumpah kelahiran ibu bapanya di Guangdong, China. Mellisa tidak kesal untuk menjadi seorang tentera demi  mempertahankan ibu pertiwi.

Tema
- Cinta
- Cinta akan negara
- Cinta akan rakan sepermainan walaupun berlainan bangsa dan agama


Persoalan
1. Pergaulan sewaktu kecil akan menghilangkan perasaan prejudis kepada kaum lain.
2. Perasaan sayang akan negara tidak merujuk kepada sesuatu kaum, sebaliknya kepada semua rakyat negara ini.
3. Rusuhan kaum dan peperangan tidak membawa keuntungan kepada mana-mana pihak sebaliknya membawa kemusnahan.
4. Tanggungjawab kepada seluruh rakyat untuk menjaga keharmonian Negara.
5. Perbezaan kelas soaial wujudkan perbezaan antara kaum dan seterusnya boleh mencetuskan permusuhan.
6. Dasar pecah dan perintah penjajah menjadi punca perpecahan kaum di Malaysia.



Watak dan Perwatakan
1. Mellisa

a. Seorang gadis Cina yang telah berkawan dengan kaum lain sejak kecil lagi.
b. Bersikap terbuka dalam hal perkahwinan
c. Lulusan bidang sejarah dari Universiti Malaya dan bekerja di sebuah syarikat akhbar.
d. Mempunyai semangat patriotik yang kuat sehingga sanggup berkhidmat sebagai tentera.
e. Membuat kajian punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.


2. Hisyam
a. Seorang anak lelaki keturunan Minang.
b. Rakan sepermainan Mellisa dan sangat sayang akan Mellisa.
c. Terbunuh dalam kejadian 13 Mei bersama anggota keluarganya.
d. Berani bertindak untuk mempertahankan haknya seperti menumbuk anak pegawai Inggeris yang ada di rumah Mellisa.


3. Syahid
a. Pengarang sebuah akhbar
b. Terpikat kepada Melissa walaupun akhirnya berasa kecewa kerana Melissa menjadi anggota tentera.
c. Wajahnya seiras Hisyam, yang menjadi punca Melissa tertarik kepadanya


4. Farid
a. Pensyarah kepada Melissa sewaktu di universiti dahulu.
b. Kini menjadi rakan kerana Mellisa sedang menyambung pelajarannya dalam bidang sarjana sejarah.
c. Seorang yang penyabar.


Latar Masyarakat
1. Masyarakat pelajar yang gigih berusaha. Mellisa contoh kepada rakyat yang gigih belajar sehingga ke universiti. Beliau juga telah membuat kajian punca kejadian peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

2. Masyarakat miskin yang tinggal di rumah setinggan. Hisyam digambarkan sebagai keluarga miskin yang terpaksa tinggal di rumah setinggan di pinggir ibu kota.

3. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Malaysia kaya dengan masyarakat yang berbilang bangsa iaitu orang Melayu, Cina dan India termasuk Inggeris. Ini adalah hasil penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Walaupun Inggeris mengamalkan dasar pecah dan perintah, namun perpaduan kaum tetap terjalin antara kaum di negara ini. Mellisa gadis Cina telah berkawan dengan Hisyam, Syahid dan Farid tanpa sebarang prasangka.

Nilai
1. Kasih Sayang. Mellisa sayang akan sahabat-sahabatnya seperti Hisyam, Syahid dan Farid.

2. Setia. Mellisa terasa kehilangan seorang sahabat karib seperti Hisyam. Sehingga sekarang beliau masih lagi teringat-inggat walaupun Hisyam telah lama meninggal dunia. Kepada Mellisa, sukar bagi beliau untuk mencari pengganti.

3. Ikhlas. Mellisa gigih berusaha sehingga ke universiti. Beliau telah mendapat ijazah dalam bidang sejarah dan sekarang sedang menyambung pelajarannya dalam sarjana sejarah di Universiti Malaya.

4. Semangat patriotisme. Mellisa sangat sayang akan negara Malaysia sehingga beliau berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Beliau tidak mungkin balik ke China walaupun keluarganya berasal dari sana.

5. Tidak berdendam. Walaupun peristiwa 13 Mei telah meragut banyak nyawa di kedua-dua pihak, namun Mellisa tidak mempunyai perasaan dendam kepada orang Melayu.

Pengajaran
1. Kasih Sayang. Sebagai manusia, kita harus mengamalkan sikap berkasih sayang antara sahabat.  hal ini akan dapat menjamin kesejahteraan hidup sesama jiran tetangga.

2. Ikhlas dan Setia. Dalam persabahatan, kita hendaklah setia agar kesusahan dan kesenangan dikecapi bersama.

3. Semangat patriotisme. Setiap warganegara Malaysia perlu mempunyai sikap taat setia dan sayang akan negara. Kita harus bersama-sama sanggup mempertahankan negara jika negara kita diancam musuh.

Comments

Popular Posts