PANTAI KASIH: Peristiwa yang menarik minat...!
Soalan
: Huraikan peristiwa dalam bahagian permulaan novel yang menarik minat anda
dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian permulaan novel yang
saya pelajari ini.
Pada
bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah semasa Dr
Raiha bersimpati dengan nasib Unong Siron yang telah dibedah oleh Dr Uwang
sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Peristiwa ini menarik minat saya
untuk mengetahui sebab Unong Siron terpaksa menjalani pembedahan tulang sendi
pinggul sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Saya juga ingin
mengetahui nasib Unong Siron sama ada akan sembuh atau tidak pada penghujung
cerita novel ini.
Peristiwa kedua yang menarik minat saya pada bahagian permulaan novel ini juga memaparkan
peristiwa Felicia Landosi yang menyelinap masuk ruang farmasi Pusat Rawatan Pantai
Kasih (PRPK) untuk mengambil ubat batuk dan meminumnya. Peristiwa ini menarik
minat saya untuk mengetahui tujuan Felicia Landosi meminum ubat batuk bagi
menghilangkan tekanan yang dihadapinya. Saya ingin mengetahui punca tekanan
yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga mengambil jalan singkat untuk
mengatasi masalah tersebut dengan meminum ubat batuk tersebut.
Dipetik daripada Blog Cikgu Azaman
Mantapplahhhhhh
ReplyDeleteBoi hehe
Deleteoi
DeleteUraaaa
DeleteHehe boi..
ReplyDeleteBoiiii
ReplyDeleteTerboikk
ReplyDeleterespect sama masta
ReplyDeletemasta memang gempak acapkali
Deleterespek sama masfaa
ReplyDelete*grandmasta
Deleteawak semua ni srs ke tak amik spm ni...
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteTq
ReplyDeletep lz i need help
ReplyDeleteplz give me peristiwa kasih sayang dalam pantai kasih
nak 3
wow....terima kasih atas cth diberi
ReplyDeletemantap pak abu
ReplyDeletenovel Avengers ada peristiwa menarik tak?
ReplyDeleteX tau pulak avengers ade novel
Delete