TEKA-TEKI HARI INI...!
Jawapannya: Polis Malaysia kerana polis Malaysia dipanggil Tok, polis Indonesia dipanggil bapak
2. Kenapa siput babi jalan lambat?
Jawapannya: Kerana semasa berjalan, dia asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi!
3. Sukan apa selepas pukul, kita tabik?
Jawapannya: Golf
4. Antara kereta dengan motosikal, yang manakah lebih tua?
Jawapannya: Motosikal, kerana sudah pakai tongkat.
5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak tahu makan?
Jawapannya: Kuching, Sarawak.
6. Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapannya: Kuda kepang
7. Binatang apa yang paling kurang ajar?
Jawapannya: Kutu kerana dia selalu pijak kepala orang!
8. Pokok apa hobinya kahwin?
Jawapannya: Pokok pinang
9. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing lalu, apa pula yang patah?
Jawapannya: Patah balik
10. Binatang apa yang ejaannya hanya dua huruf?
Jawapannya: Udang iaitu U dan G
11. Permainan apa yang amat berat sekali?
Jawapannya: Catur kerana kena bawa raja, permaisuri, kuda dan lain-lain
12. Apakah negara yang ejaannya huruf berganda?
Jawapannya: Uganda kerana U ganda
Comments
Post a Comment