PDPC DALAM TALIAN MUSIM C0VID-19...!

Assalamualaikum semua,
     Terlebih dahulu cikgu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ujian Allah dengan penuh tabah dan sentiasa memohon doa keampunan dan keselamatan daripada-Nya. Jika tanpa musibah COVID-19 yang melanda negara kita ini, semestinya kita semua sekarang ini berada di sekolah atau kelas masing-masing meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran. Namun, apakan daya kita. Semuanya datang daripada Allah yang Maha Besar.
      Sebagai menyambut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu semua warga sekolah diharapkan dapat meneruskan proses pendidikan seperti PdPc dan lain-lain seperti biasa walaupun kita kini terpaksa bercuti panjang! Khusus untuk proses Bahasa Melayu di sekolah kita yang tersayang ini, saya sedang, akan dan telah menggunakan wadah blog SISI BAHASAKU untuk melaksanakan PdPc secara maya ataupun secara dalam talian (online). Pembelajaran tanpa bersemuka antara guru dengan pelajar-pelajar ini akan gagal tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pelajar. Walaupun tanpa cikgu di depan, pelajar kenalah ikhlas dan bersungguh-sungguh melakukan aktiviti yang diarahkan.
Dah mula rindu Faris....!

          

Comments

Popular Posts