PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA....!
PENGUKUHAN DARIPADA PP1 F4 2020:-
Semua pelajar F4 khususnya 4 Lambda,
Semua pelajar F4 khususnya 4 Lambda,
Anda diminta menjawab semula soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa iaitu soalan 3(a) dan 3(d). Jawapan hendaklah dibuat dengan meninggalkan jawapan anda di bahagian 'komen' di bawah.
3(a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) berkuat kuasa
(ii) bercampur aduk
(iii) berurus niaga
(iv) mengambil alih
(v) mengemas kini
(vi) mengulang kaji
3(d)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Peristiwa semasa perkhemahan di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang sukar
dilupakan olehku.
(ii) Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu antarabangsa
di masa ini.
(iii) Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu.
#Tinggalkan jawapan anda dalam ruangan komen di bawah.
Comments
Post a Comment