NOVEL PRPK F4: PERSOALAN MARUAH....!
Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin yang saya kaji, terdapat beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan maruah.
Persoalan
maruah seorang ibu terdapat dalam novel ini. Persoalan ini dapat dilihat
apabila ibu Unong Siron mempertahankan maruahnya sebagai seorang ibu kepada pesakit Unong Siron iaitu anaknya
dengan mempertikaikan kewibawaan Dr. Uwang yang telan menjalankan pembedahan
tulang sendi pinggul ke atas anaknya sebanyak lima kali tetapi tidak juga sembuh.
Selain bayaran rawatan yang mahal, ibu Unong Siron juga menggelarkan Dr. Uwang
seorang mata duitan kerana pekerjaan Dr. Uwang yang mementingkan wang dan
keuntungan ketika menjalankan tugasnya. Peristiwa ini membuktikan ibu Unong
Siron telah bertindak mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang ibu kepada
pesakit demi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.
Selain
itu, persoalan maruah sebagai seorang wanita juga terdapat dalam novel ini.
Persoalan ini dapat dilihat apabila ayah Dr. Raiha mengatakan bahawa seorang
wanita tidak sesuai bekerja sebagai seorang doktor kerana suami dan anak-anak
Dr. raiha nanti tidak akan mendapat perhatian secukupnya daripada Dr. Raiha.
Walau bagaimanapun Dr. Raiha telah membuktikan bahawa seorang wanita juga mampu
menjadi seorang doktor apabila beliau telah menjadi doktor pakar bedah di
sebuah pusat rawatan swasta yang terkemuka. Peristiwa ini membuktikan Dr. Raiha
telah mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang wanita yang berjaya dalam
bidang yang diceburinya.
Dipetik daripada Blog Cikgu Azaman
Comments
Post a Comment