PERIBAHASA SAMA...!
Beberapa contoh persamaan erti atau makna antara peribahasa…!
- Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua = Biduk berlalu, kiambang bertaut.
- Gunting dalam lipatan = Api dalam sekam = Musuh dalam selimut.
- Bagai aur dengan tebing = Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat = muafakat membawa berkat.
- Bapa borek, anak rintik = Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi = Begitu acuan, begitulah kuihnya.
- Lain lubuk, lain ikan = lain padang, lain belalang.
- Genggam bara api biar sampai jadi arang = alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan = alang-alang berdakwat biar hitam.
- Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung = masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.
Comments
Post a Comment