PERLANGGARAN / PELANGGARAN...!
Dua patah kata nama terbitan di atas merupakan hasil proses pengimbuhan kata dasar ‘langgar’, iaitu per- an dan pe-an. Kedua-dua patah kata tersebut walaupun berasal daripada kata dasar yang sama, mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza. Lihat di bawah;-
- Perlanggaran bermaksud > perihal kejadian berlanggar (kemalangan)
Contoh ayat:-
- Perlanggaran kereta dengan lori itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya yang teruk.
- Motosikal iti terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta.
- Pelanggaran bermaksud > perihal melanggar (menyerang, menyerbu) dan menentang atau tidak mematuhi;
Contoh ayat:-
- Pelanggaran Israel ke atas Pelestin mendapat sokongan Amerika. (menyerang)
- Dewasa ini pelanggaran hukum Tuhan berlaku sewenang-wenangnya. (menentang / tidak mematuhi)
AWAS! Ayat ini akan menjadi SALAH jika;-
- Pelanggaran antara kereta dengan lori itu ….
- Perlanggaran disiplin sekolah oleh pelajar …
Comments
Post a Comment