ESEI RANGSANGAN PMR 2013...!

Soalan:-
Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara memulihara alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memulihara alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


MENGGUNAKAN KAEDAH K232
  • K - kaedah
  • 2 - 2 ayat untuk perenggan pendahuluan
  • 3 - 3 ayat untuk perenggan-perenggan isi
  • 2 - 2 ayat untuk perenggan penutup

AR:      Dewasa ini isu-isu tentang kemusnahan alam sekitar kerap menghiasi dada-dada akhbar.
AA:      Pelbagai cara yang boleh dilaksanakan demi memulihara alam sekitar.

AJ:      Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan berterusan merupakan cara yang paling dominan.
AH:     Dengan menambah kekuatan pegawai penguat kuasa akan memberikan tamparan yang hebat kepada penjenayah alam sekitar ini.
FM:     Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

AJ:       Selain itu penanaman semula pokok di kawasan gondol akibat aktiviti pembalakan haram dapat mengelakkan kejadian hakisan dan tanah runtuh.
AH:      Langkah ini juga dapat mengurangkan kejadian banjir kilat serta membantu menghijaukan bumi.
FM:     Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata..

AJ:      Peranan media massa dalam menyampaikan mesej pentingnya alam sekitar juga merupakan cara untuk memulihara alam sekitar.
AH:     Peningkatan kesedaran masyarakat serta kerjasama orang ramai akan lebih menjayakan usaha pemuliharaannya.
FM:     Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

AK:     Kesimpulannya pelbagai cara yang boleh dilaksanakan untuk memulihara alam sekitar.
AP:     Semua pihak  perlu berganding bahu  berusaha untuk memulihara alam sekitar.  

       
AR - ayat rangsangan
AA - ayat arahan
AJ - ayat judul
AH - ayat huraian
FM - frasa menarik
AK- ayat kesimpulan
AP- ayat penegas


SATU CONTOH JAWAPAN
Dewasa ini isu-isu tentang kemusnahan alam sekitar kerap menghiasi dada-dada akhbar. Pelbagai cara yang 
boleh dilaksanakan  demi memulihara alam sekitar.

       Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan berterusan merupakan cara yang paling dominan.
Dengan menambah kekuatan pegawai penguat kuasa akan memberikan tamparan yang lebih hebat kepada
penjenayah alam sekitar ini. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

       Selain itu penanaman semula pokok di kawasan gondol akibat pembalakan haram dapat mengelakkan 
kejadian hakisan dan tanah runtuh. Langkah inu juga dapat mengurangkan kejadian banjir kilat serta dapat
membantu menghijaukan bumi. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

       Peranan media massa dalam menyampaikan mesej pentingnya alam sekitar juga merupakan cara untuk
memulihara alam sekitar. Peningkatan kesedaran masyarakat serta kerjasama orang ramai akan lebih men-
jayakan usaha pemuliharaan. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

       Kesimpulannya, pelbagai cara yang boleh dilaksanakan untuk memulihara alam sekitar. Semua pihak
perlu berganding bahu berusaha untuk memulihara alam sekitar.

( 127 patah kata ) 

** Hanya satu contoh jawapan dan tidak semestinya yang terbaik. Sekadar perkongsian ilmu semata-mata.

Comments

Popular Posts