SELAMAT BERISTIRAHAT...!

Mohamad Azemi Zawawi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada kesempatan ini cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat beristirahat kepada calon-calon PMR 2013 setelah lama bersengkang mata, bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran. Kini tiba pula masa untuk berserah dan berdoa ke hadrat Ilahi agar keputusan cemerlang diperoleh nanti. Selamat maju jaya dan selamat mengurus diri.
Trafik jem akhir-akhir ini bukan sahaja berlaku di jalan raya, malah di blog cikgu juga. Pengunjung yang singgah ke blog 'SISI BAHASAKU' akhir-akhir ini mencecah sehingga tiga ribu lebih untuk tempoh sehari. Satu rekod baharu yang belum pernah dicapai.
Teruskan berkunjung ke blog ini kerana banyak info baharu berkaitan anda akan dimuatkan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.


Comments

Popular Posts