MENGISI / MENGISIKAN...!
Mengisikan masa lapang
Terdapat soalan PMR 2013 yang mahu menguji calon-calon tentang perbezaan penggunaan perkataan mengisi dengan mengisikan. Kedua-dua patah perkataan tersebut sebenarnya berasal daripada kata dasar yang sama iaitu 'isi' yakni sejenis kata nama. Kemudian apabila diberikan imbuhan meN + isi menjadi mengisi. Dan satu lagi diberikan imbuhan apitan meN-...-kan menjadi mengisikan. Kedua-duanya membentuk kata kerja transitif. Penggunaan kata tersebut dalam ayat ialah:-
- mengisi maknanya perbuatan memenuhi suatu ke dalam botol supaya berisi, kewajipan, jawatan dan borang; contoh ayat-
- Ali mengisi botol dengan air minuman.
- Temu duga itu diadakan untuk mengisi jawatan kosong di pejabatnya.
- Amin dinasihati bapanya supaya mengisi dadanya dengan ilmu agama.
- Guru itu sedang mengisi borang prestasi 2013.
- mengisikan maknanya memasukkan sesuatu ke dalam bekas, memasukkan perkataan dan lain-lain; contoh ayat-
- Emak mengisikan sampah itu ke dalam bakul sampah.
- Pelajar-pelajar hendaklah bijak mengisikan masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
- Guru mengarahkan pelajar mengisikan perkataan yang sesuai ke dalam petak tersebut.
Comments
Post a Comment