PALING TERKENAL...!
Sesetengah pengguna bahasa terkeliru oleh penggunaan kata penguat dengan sesetengah kata yang berimbuhan ter- yang membawa maksud paling. Mereka tidak pasti sama ada kata tersebut memang berimbuhan ter- atau sebaliknya. Sila lihat contoh di bawah:-
- terbesar = paling besar > sangat terbesar X
- tercantik = paling cantik > amat tercantik X
- tertinggi = paling tinggi > paling tertinggi X
- termoden = paling moden > begitu termoden X
- terputih = paling putih > terputih sekali X
Namun begitu, tidak semua imbuhan ter- membawa maksud paling. Contohnya apabila imbuhan ter- digunakan pada kata kerja (KK). Jika imbuhan ter- ini tidak membawa maksud paling, maka penggunaan kata penguat tidak menjadi kesalahan. Lihat contoh-contoh di bawah:-
- ter + kenal(KK) = tidak membawa maksud paling ‘kenal’ > sangat terkenal (BETUL)
- ter + tarik(KK) = tidak membawa maksud paling ‘tarik’ > amat tertarik (BETUL)
- ter + goda(KK) = tidak membawa maksud paling ‘goda’ > sungguh tergoda (BETUL)
- ter + pesona(KK) = tidak membawa maksud paling ‘pesona’ > agak terpesona (BETUL)
- ter + kemuka(KK) = tidak membawa maksud paling 'kemuka' > paling terkemuka (BETUL)
Kesimpulannya, hanya imbuhan ter- yang digunakan pada kata adjektif sahaja yang membawa maksud paling. Imbuhan ter- sedemikian tidak lagi boleh digunakan bersama dengan kata penguat yang juga membawa maksud paling.
Contoh ayat:-
- Tokoh pendidikan yang amat terkenal itu telah meninggal dunia. BETUL
- Para pelancong begitu tertarik oleh keindahan alam semula jadi. BETUL
- Dia sangat terpesona oleh kepelbagaian budaya rakyat Malaysia. BETUL
- Buku itu yang paling tertebal. SALAH
- Gunung yang tertinggi sekali di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. SALAH
- Penyanyi itu begitu termasyhur ketika ini. SALAH
Comments
Post a Comment