JAWAPAN NOVEL PMR 2013...!


Soalan:-
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, pilih satu nilai yang telah ditetapkan bagi novel tersebut dan berikan tiga contoh peristiwa yang menunjukkan nilai tersebut.

JAWAPAN BERDASARKAN NOVEL 6:20

          Novel yang saya kaji ialah Novel 6:20, karya Siti Jasmina Ibrahim. Bagi novel 6:20 ini, walaupun penulis telah mengutarakan pelbagai nilai namun nilai yang ditetapkan oleh soalan ialah kegigihan. Antara contoh peristiwa dalam novel yang menunjukkan nilai tersebut ialah kegigihan Tuan Haji Syaqir, iaitu bapa kepada Nur Sukma mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit kanak-kanak yang bernama Ehsan.

      Peristiwa kedua yang menunjukkan nilai tersebut ialah kegigihan Nur Sukma dan Rafiq untuk menyelamatkan rakan mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi oleh pemikiran negatif dari Barat. Mereka terpaksa menghadapi bahaya ketika berbuat demikian.

       Peristiwa ketiga yang menunjukkan nilai kegigihan ialah peristiwa Nenek dan Aim gigih menghadapi dugaan menyara hidup mereka berdua dengan menjual buah manggis selepas kematian ayah Aim dan ibunya pula telah menghilangkan diri. 

* Satu contoh jawapan dan tidak semestinya yang terbaik.
          


Comments

Popular Posts