KESALAHAN KATA DAN TATABAHASA DALAM AYAT...!


Contoh penggunaan kata pemeri adalah yang SALAH....
Masih berdasarkan soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 SBP 2013, cikgu akan mengutarakan perbincangan tentang jawapan bagi soalan mengesan kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Sila perhatikan soalan-soalan dan jawapan di bawah.
  • Modul kenegaraan yang diimplikasikan dalam Program Latihan Khidmat Negara adalah untuk memperluas pengetahuan para pelatih-pelatih tentang kenegaraan dan meningkatkan perasaan cinta akan negara.
  1. (Kesalahan kata)- diimplikasikan (implikasi) bermaksud kesan/akibat SEPATUTNYA diaplikasikan (digunakan)
  2. (Kesalahan tatabahasa)- para pelatih-pelatih (para> kata bilangan tak tentu yang membawa maksud banyak) SEPATUTNYA para pelatih atau pelatih-pelatih.
  • Tuan Haji Samsudin ialah orang yang pertama mendahului penternakan udang galah di kawasan itu kerana beliau berani menghadapi risiko yang bakal beliau tempuhi.
  1. (Kesalahan kata) - mendahului SEPATUTNYA mempelopori (orang yang mula-mula)
  2. (Kesalahan tatabahasa) - beliau tempuhi SEPATUTNYA ditempuhi oleh beliau (ayat pasif ke-3) 
  • Selain daripada mengikis sikap mementingkan diri sendiri, aktiviti gotong-royong juga memperkukuh silaturahim.
  1. (Kesalahan kata) - memperkukuh SEPATUTNYA mengeratkan.
  2. (Kesalahan tatabahasa) - Selain daripada (penggunaan dua kata sendi serentak) SEPATUTNYA selain.

Comments

Popular Posts