ESEI: MANFAAT MAJLIS RUMAH TERBUKA...!

APA KATA TOKOH TENTANG ISU BERKAITAN RUMAH TERBUKA

·       Menurut kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, “Melalui amalan rumah terbuka, kita dapat berkenalan dan menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali gus membolehkan kita menumpukan usaha untuk menjayakan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.”

·      Memetik kata-kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, “Kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya bersama dengan ahli keluarganya.”

·      Mafhum daripada sepotong hadis Nabi S.A.W yang menyatakan bahawa kehidupan kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama berjaga malam.

·   Tun Dr. Mahathir juga pernah berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan masyarakat dan negara.

·    Dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Britain,  John Prescott menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur agama.

·       Datuk Dr. Fadzilah Kamsah pernah menekankan bahawa kehidupan bermasyarakat dengan semangat kejiranan merupakan salah satu ciri signifikan dalam kamus hiudp rakyat Malaysia.

Comments

Popular Posts