ESEI: TAJUK ESEI SOALAN SBP TG.4 2013...!

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
SEKOLAH BERASRAMA PENUH
BAHASA MELAYU (1103/1)

Bahagian B
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 
  1. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) khususnya gajet-gajet terkini telah mempengaruhi kehidupan remaja masa ini. Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
  2. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan pertandingan pidato perpaduan peringkat negeri. Anda berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Tajuk pidato yang diberikan ialah "Kerjasama Semua Pihak Memupuk Perpaduan". Tulis teks pidato itu selengkapnya.
  3. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan dasar "1Murid 1Sukan" untuk memastikan semua pelajar terlibat dalam kegiatan sukan. Bincangkan faedah-faedah pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.
  4. Masalah alam sekitar dalam kebanyakan negara di dunia kini memerlukan penyelesaian segera. Namun begitu, penyelesaian ini sukar direalisasikan tanpa bantuan dan kerjasama daripada negara-negara jiran. Bincangkan bentuk kerjasama antara negara serantau untuk mengatasi masalah alam sekitar di setiap negara yang terbabit.
  5. Anda telah membaca sebuah novel yang menarik hati anda. Anda dikehendaki membuat ulasan tentang aspek yang menarik perhatian anda dalam novel tersebut. Tulis ulasan tersebut selengkapnya.


KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1@2013 Hak Cipta BPSBPSK

Comments

Popular Posts