PELIK TAPI BENAR...!

Jika diteliti dan dibandingkan bahasa Melayu yang digunakan semasa berkomunikasi dengan bahasa Melayu yang dipelajari di bilik darjah, banyak sekali perbezaannya sama ada dari segi tatabahasa, ejaan mahupun dari segi makna. Percaya atau tidak?
Di bawah ini akan cikgu cuba berbicara tentang perbezaan ejaan perkataan yang sehingga kini masih mengelirukan semua pihak, terutama pelajar.
  1. mertua @ mentua > yang digunakan di bilik darjah ialah mentua.
  2. guris @ gores > gores yang betul.
  3. mustika @ mestika > mestika yang betul.
  4. istirehat @ istirahat > istirahat yang betul.
  5. merbahaya @ berbahaya > berbahaya yang betul.
  6. kerinting @ keriting > keriting yang betul.
  7. serunding @ serondeng > serondeng yang betul.
  8. pensil @ pensel > pensel yang betul.
  9. mendokong @ mendukung > mendukung yang betul.
  10. kekanda @ kakanda > kakanda yang betul.
  11. tips @ tip > tip yang betul.
  12. sireh @ sirih > sirih yang betul.
  13. selsema @ selesema > selesema yang betul.
  14. agen @ ejen > ejen yang betul.
  15. cincang @ cencang > cencang yang betul.
  16. merubah @ merobah > merobah dan mengubah yang betul.
  17. perlantikan @ pelantikan > pelantikan yang betul.
  18. perletakan @ peletakan > peletakan yang betul.
  19. lagenda @ legenda > legenda yang betul.
  20. sambil lewa @ sambalewa > sambalewa yang betul.
  21. nenas @ lanas @ nanas > nanas yang betul.
  22. zohor @ zuhur > zuhur yang betul.
  23. ujud @ wujud > wujud yang betul.
  24. raksasa @ raksaksa > raksasa yang betul.

Comments

Popular Posts