ESEI: KEPENTINGAN MENGAMALKAN WARISAN BUDAYA...!
PENDAHULUAN:-
- Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, warisan bermaksud sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan oleh orang-orang terdahulu.
- Budaya pula jika dirujuk pada kamus yang sama ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan.
- Daripada gabungan definisi oleh kamus tersebut, frasa warisan budaya relevan diertikan sebagai segala amalan yang melibatkan keseluruhan cara hidup peninggalan oleh generasi terdahulu.
- Pelbagai kepentingan yang diperoleh apabila kita terus mengamalkan warisan budaya.
- Melalui pengamalan warisan budaya, kita dapat memupuk, mengukuh serta mempertahankan semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat. - warisan budaya melambangkan sifat majmuk rakyat Malaysia.
- Budaya tradisi yang diwarisi menjadi cerminan budi dan pekerti masyarakat Malaysia. - nilai murni yang ditonjolkan melalui majlis rumah terbuka menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain.
- Warisan budaya unik yang kita miliki mampu menjadi aset penting memajukan industri pelancongan negara. - tarian zapin, inang, lilin tidak kedapatan di negara-negara lain.
- Warisan budaya tradisional dapat memantapkan jati diri warganegara. - kita dapat mengenali asal usul diri kita,mengetahui kepayahan dan pahit getir hidup leluhur kita.
- Melalui penghayatan budaya warisan, kita terhalang daripada dihanyutkan oleh budaya bejat Barat.
- Warisan budaya mampu menangkis kemasukan budaya asing yang telah banyak menjajah minda warga belia. - amalan budaya berkaitan pantang larang warisan nenek moyang dapat dijadikan benteng kukuh menangkis serangan budaya asing yang negatif, contoh anak muda dilarang keluar malam.
- Warisan budaya yang dieksploitasi secara meluas dapat merancakkan industri hiliran seperti industri kraf tangan, rekaan fesyen dan sebagainya.
- Demi mencegat warisan budaya yang kian dilupakan ini, masyarakat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara.
- Organisasi yang bertanggungjawab wajar sering menganjurkan kempen, ceramah, dan pameran.
- Pertubuhan-pertubuhan budaya harus disalurkan sumber kewangan untuk mereka menjalankan aktiviti kebudayaan.
- Rakyat akan menjadi dekat dan memahami budaya warisan bangsa sendiri.
Huhu
ReplyDelete✌️lengkap Dan tepat
ReplyDelete