KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN (1)...!

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian betulkan kesalahan penggunaan ejaan dan pengimbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Fikri Nasir memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012 yang baru diumumkan
    tengahari tadi.

2. Segala tuduhan berkenaan dengan disiplin pelajar-pelajar akan diperhalusi oleh jawatankuasa tata tertib
    sekolah. 

3. Datin Tominah menghidangkan tetamunya kuih-muih yang lazat pada petang itu sebelum mereka  bertolak 
    ke Johor Bharu.

JAWAPAN:-

1. 
  • Pengimbuhan : memperolehi  > memperoleh
  • Ejaan : tengahari > tengah hari
2.
  • Pengimbuhan : diperhalusi > diperhalus/dihalusi
  • Ejaan : tata tertib > tatatertib
3. 
  • Pengimbuhan : menghidangkan > menghidangi
  • Ejaan : Johor Bharu > Johor Bahru

Comments

Popular Posts