PROSA SPM 2009...!


HIKAYAT SIAK
Soalan 2(c):
Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.  

Hatta, pada waktu itu Raja Bugis pun datang ke Mengkalis, Daeng Parani, dan Daeng Celak, dan Raja Tuha. Lalu ia mendapatkan baginda, kerana sudah berkenalan dengan baginda, tatkala di Bangkah Kota; baginda duduk dengan Sultan Palembang. Dan serta bertemu dengan baginda lalu berbicara, hendak melanggar Johor; Daeng Parani pun minta perjanjian, jikalau dapat Johor, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar; Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda. Sudah putus muafakat, dan Daeng Parani minta hendak pergi ke Langat, dan mengambil segala Bugis yang ada di sana. Dan barang bila esok, hendak pergi menyuruh membawa surat ke Johor kepada Yang Dipertuan Johor mengatakan, paduka anakanda hendak menuntut kematian Marhum Mangkat Dijulang. Dan jikalau kota yang buruk, suruh baiki kota; yang parit tohor, suruh dalamkan.

Dan serta sampai surat itu ke Johor, maka yang Dipertuan Johor pun mengampungkan segala orang besar-besar, muafakat, menyuruh membaiki kota, parit. Dan sudah masyhur khabar itu, mengatakan anak Marhum Mangkat Dijulang sudah keluarlah; segala rakyat pun datang, dibawa oleh Raja Negara Selat. Dan serta sampai, bertemu dengan Yang Dipertuan di Mengkalis, mengatakan tuan dari Johor, Dan segala Minangkabau mengatakan tuan dia, datang dari Minangkabau.

(Dipetik daripada 'Hikayat Siak'
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

  (i) Apakah maksud sudah putus muafakat?                                                                          [ 2 markah ]

Maksud rangkai kata sudah putus muafakat ialah setelah rundingan mencapai kata sepakat.

 (ii) Nyatakan tiga perkara penting yang dinyatakan dalam surat kepada Yang Dipertuan Johor. [ 3 markah ]

Tiga perkara yang dinyatakan dalam surat itu ialah menuntut kematian Marhum Mangkat Dijulang, membaiki kota yang buruk dan mendalamkan parit yang tohor/cetek.

(iii) Sekiranya anda Yang Dipertuan Johor, apakah tindakan anda setelah membaca surat itu?    [ 3 markah ]

Jika saya Yang Dipertuan Johor, saya akan melaksanakan semua arahan yang diberikan, kemudian menyerahkan takhta tanpa pertumpahan darah serta mengadakan rundingan damai.

Comments

Popular Posts