CERPEN: PENANGGUNGAN...!

CERPEN : PENANGGUNGAN
Oleh: Wijaya Mala

Sinopsis

Kapten Mamat mengimbau kecelakaan yang berlaku di atas kapalnya yang melibatkan kelasi yang bernama Baharum. Masnah, balu kepada Baharum tidak dapat menerima kenyataan dan menyalahkan takdir atas kejadian yang menimpa suaminya. Masnah mengadukan nasibnya yang malang kepada Kapten Mamat. Masnah menyalahkan kehidupan para kelasi yang sentiasa berada dalam keadaan bahaya. Kapten Mamat berjanji akan berusaha untuk mendapatkan pampasan untuk masnah bagi mengurangkan beban keluarganya. Selain itu, Kapten Mamat memberikan kesedaran kepada Masnah bahawa setiap kematian itu telah ditentukan sebab musababnya. Akhirnya, Masnah sedar bahawa sebagai manusia, dia perlu menerima kenyataan dan mengakui hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan.

Aspek komsas dalam cerpen Penanggungan karya Wijaya Mala

ITEM
PERNYATAAN
CONTOH


Tema
Menanggung tanggungjawab untuk meringankan beban keluarga yang menimpa nasib malang
Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.









Persoalan








Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami
Masnah terpaksa menenpuh kehidupan bersama-sama dua orang anaknya tanpa suami yang mati akibat terjatuh dari atas kapal
Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa

Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.
Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain
Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami
Persoalan keredhaan menghadapi ketentuan Ilahi
Masnah akhirnya redha dengan ketentuan Ilahi, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati
Persoalan tanggungjawab membantu golongan kurang bernasib baik
Kapten Mamat memberitahu bahawa dia akan membantu Masnah dengan cara meminta persatuan membayar pampasan kepada Masnah
Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup
Kapten Mamat menyeru supaya Masnah tabah dan berani menghadapi kehidupan walaupun tanpa suami
Persoalan kecelaruan masa depan akibat kehilangan tempat bergantung
Masnah berasa demikian setelah suaminya Baharum meninggal dunia. Akibat daripada itu juga dia mengalami tekanan perasaan. Akhirnya Masnah bercadang untuk memulakan kehidupan barunya di kampung













Plot
























Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi




Perkembangan
Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak Baharum yang menjadi yatim dan isterinya menjadi balu Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anak-anaknya. kapten Mamat tersentuh perasaan melihat anak Masnah yang bertanyakan ayahnya.



Perumitan
Konflik timbul apabila Kapten Mamat cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.


Klimaks
Mansa tertekan sehingga pitam. Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah buat sementara waktu berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal dahulu.



Peleraian


Masnah sedar daripada pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihati Masnah agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung. Masnah akhirnya menerima takdir Allah.





Nilai
Simpati
Kapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum
Kasih sayang
Masnah amat mengasihi suaminya sehingga sukar untuk menerima kematian suaminya
Berani
Kapten Mamat berani menghadapi cabaran bekerja di laut
Reda
Masnah akhirnya menerima kecelakan yang menimpa suaminya adalah kehendak Allah
Tanggungjawab
Kapten Mamat bertanggungjawab atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya sehingga berjanji untuk membantu Masnah melalui kesatuan
Baik hati
Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik ketika masnah berkunjung ke rumahnya





Pengajaran
Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang bernasib kurang baik supaya kehidupan mereka selesa
Kapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya setelah kematian suaminya, Baharum
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka menjadi tempat bermanja
Masnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia merasakan hidupnya tidak tentu arah setelah kematian suaminya itu
Kita hendaklah sabar menghadapi permasalah dalam hidup
Kapten Mamat meminta supaya Masnah bersabar dan tabah menghadapi dugaan hidup walaupun dugaan itu sangat menyakitkan
Kita hendaklah menerima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka
Masnah akhirnya menerima peristiwa kematian suaminya yang merupakan takdir IIahi

Watak & perwatakan
Perwatakan dalaman
Huraian


Kapten Mamat
Prihatin

Kapten Mamat prihati dengan nasib yang menimpa Masnah setelah kematian suaminya
Bertanggungjawab

Kapten Mamat berjanji akan membantu Masnah melalui kesatuan
Baik hati

Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik ketika Masnah datang ke rumahnya


Masnah
Penyayang

Masnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia sukar menerima kenyataan kematian Baharum
Menerima ketentuan Ilahi

Masnah akhirnya menerima kematian suaminya sebagai takdir
Berpandangan jauh

Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal dan merancang untuk pulang ke kampung


Latar
Pernyataan
Huraian

Latar masa

Tengah hari
Cuaca panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka baju

Latar tempat
Rumah Kapten Mamat
Masnah dan anak-anaknya berkunjung ke rumah Kapten Mamat
Kapal

Baharum mati di atas kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat






Latar masyarakat
Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran
Kapten Mamat berjaya menghadapi situasi cemas ketika Masnah pitam
Masyarakat yang bertanggungjawab
Kapten Mamat bertanggungjawab membantu Masnah dan anak-anaknya melalui kesatuan
Masyarakat yang sukar menerima kenyataan
Masnah pada mulanya sukar untuk menerima kematian suaminya
Masyarakat yang redha dengan ketentuan IIahi
Masnah akhirnya menerima kematian suaminya dengan reda
Masyarakat yang baik hati
Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik

Sumber: Blog Cikgu Azaman

Comments

Popular Posts