ESEI: GEJALA RASUAH DAN KESANNYA...!


PENDAHULUAN:-
  • Gejala rasuah dalam kehidupan masyarakat moden mutakhir ini semakin menular dan semakin sukar untuk membanterasnya.
  • Rasuah tidak hanya tertumpu kepada sesebuah golongan sahaja, malah boleh dikatakan gejala ini melibatkan semua peringkat dan pelbagai bentuk rasuah diamalkan, namun rasuah yang melibatkan wang ringgit dan harta benda lebih berbahaya.
  • Pelbagai kesan buruk yang berpunca daripada gejala rasuah sama ada kepada individu, organisasi mahupun sesebuah negara.
IDEA-IDEA PENTING:-
  • Gejala rasuah boleh melumpuhkan perjalanan sesebuah organisasi sama ada organisasi kerajaan, swasta, NGO, kemasyarakatan dan juga keluarga.
  • Rasuah boleh menjejaskan dan meruntuhkan ekonomi negara, syarikat, dan yang paling hampir dengan kita iaitu keluarga.
  • Rasuah jika berleluasa boleh menjahanamkan sistem sosial dalam masyarakat.
  • Kewujudan rasa tidak puas hati dalam masyarakat akan menimbulkan huru-hara.
  • Rasuah dalam sukan boleh menyebabkan pencapaian atlet dalam pelbagai disiplin sukan akan terjejas teruk.
  • Rasuah yang berlaku dalam agensi pertahanan dan penguatkuasaan kerajaan akan menjejaskan keselamatan negara.
  • Rasuah yang berleluasa dalam politik mampu melemahkan sesebuah negara seterusnya boleh menghancurkan negara.
  • Rasuah boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Gejala rasuah turut menimbulkan kesan kepada pelaburan asing.
  • Rasuah yang berakar umbi boleh menjejaskan pandangan dan tanggapan masyarakat dunia terhadap negara kita.
  • Gejala rasuah akan meruntuhkan peribadi dan sahsiah individu yang memberikan kesan kepada setiap aktiviti kehidupan manusia.
KESIMPULAN:-
  • Kesimpulannya gejala rasuah yang berkembang biak dalam kalangan masyarakat mampu meruntuhkan mana-mana institusi bermula dari sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besar institusi.
  • Semua pihak sama ada kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat dan individu mestilah berganding bahu membanteraskan rasuah dalam kalangan masyarakat.
  • Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Comments

Popular Posts