SOALAN PERCUBAAN N9 2012...!
MEMILIH PASANGAN AYAT YANG BETUL
Soalan 25 - 27
25.
- I Anak-anak perlulah menghargai pengorbanan ibu-bapa mereka.
- II Kenaikan harga petrol akan menyebabkan kenaikan harga barang.
- III Hubungan yang sejati akan lahir daripada pemupukan kasih sayang yang ikhlas dan jujur.
- IV Berpuluh-puluh hektar hutan telah musnah akibat kebakaran yang melanda kawasan itu.
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
26.
- I Maharaja itu menganggap dirinya mahahebat di dunia ini.
- II Pengubah suaian dasar yang sedia ada mendatangkan kebaikan kepada syarikat.
- III Semua wakil yang hadir dalam mesyuarat telah menandatangani surat perakuan itu.
- IV Pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
27.
- I Sebelum meninggalkan rumah, Kannan terpaksa mengecaj bateri telefon bimbitnya.
- II Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman itu perlu diperdalam.
- III Dia terlewat sampai di rumah kerana terpaksa singgah di Aman Klinik.
- IV Antara masalah-masalah kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat ialah obesiti.
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
JAWAPAN:-
Soalan 25 - D ( II, III dan IV )
Ulasan:
- Ayat I salah kerana ejaan ibu-bapa sepatutnya tiada sempang; ibu bapa.
Ulasan:
- Ayat I salah kerana frasa mahahebat sepatutnya dieja terpisah; maha hebat.
- Ayat II salah kerana ejaan bagi pengubah suaian hendaklah dirapatkan; pengubahsuaian.
Ulasan:
- Ayat I salah kerana ejaan kata mengecaj sepatutnya mengecas.
- Ayat III salah penggunaan Hukum DM; sepatutnya Klinik Aman
- Ayat IV salah kerana kesalahan frasa Antara masalah-masalah; sepatutnya Antara masalah.
Comments
Post a Comment