ESEI: JENIS PENDAHULUAN...!
Teknik menulis pendahuluan sesebuah karangan pelbagai. Masing-masing memiliki kelebihan dan keistimewaan. Kadang-kadang penggunaan teknik menulis pendahuluan itu bergantung pula kepada kesesuaian jenis karangan yang ingin kita tulis. Cuba perhatikan beberapa teknik menulis pendahuluan karangan;-
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
Proses pembandaran secara ringkasnya merujuk proses mengubah sesuatu tempat menjadi sebuah bandar. Dari segi fizikal, proses pembandaran dikaitkan dengan perubahan syarat guna tanah, misalnya syarat tanah pertanian, hutan atau tanah rizab kepada syarat guna tanah bandar seperti perumahan, industri, bangunan, infrastruktur, taman rekreasi dan seumpamanya.
Proses pembandaran ini boleh dikategorikan kepada dua; pertama pembangunan pemuliharaan bandar yang sedia ada seperti pembangunan yang berlaku di Melaka dan satu lagi mewujudkan sebuah kawasan baharu untuk dijadikan kawasan bandar seperti yang berlaku di Putrajaya dan Bandar Baru Bangi. Ketika arus menuju kemajuan, sama ada terancang atau tidak, maka akan wujudlah kawasan perbandaran yang diiringi dengan ribuan permasalahan.
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga kini telah menerbitkan 199 glosari atau daftar kata dalam bahasa Melayu yang memuatkan 756,264 istilah dalam pelbagai disiplin ilmu. Hal ini demikian membuktikan bahawa sebenarnya bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa ilmu.
Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, jumlah ratusan istilah yang tercipta sepatutnya sudah mampu menjadikan bahasa Melayu lebih berwibawa dan bahasa ilmiah pada alaf baharu tetapi malangnya hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan.
Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, menurut Dr. Awang Sariyan, bukanlah menjadi tanggungjawab DBP semata-mata tetapi menjadi tanggungjawab semua warga Malaysia tanpa mengira kedudukan mereka.
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
Vandalisme merujuk perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam ataupun persendirian. Gejala ini bukan baru; dan diperkatakan sejak 1970-an lagi. Mengapakah gejala ini terus berlaku walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan? Adakah masyarakat, khususnya generasi muda tidak sedar akan kepayahan yang ditanggung oleh orang lain? Apakah kemudahan prasarana yang dibina kerajaan seperti telefon, tandas awam, taman rekreasi hanya untuk dikhianati? Tepuk dada, tanyalah selera.
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
Masa itu emas. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Dalam mengejar cita-cita demi kelangsungan kejayaan pada hari muka, masih ramai remaja yang hanya seperti menghitung bulu kambing. Apabila ditegur dan ditunjukkan jalan, mereka ibarat mencurah air ke daun keladi. Sakit hati dan sakit mata melihat ramai remaja membuang masa dengan berpeleseran tanpa sedikit pun rasa insaf dan sedar akan matlamat hidup yang sebenar.
PENDAHULUAN JENIS SEJARAH
Bermula dengan penjajahan Portugis, kemudian Belanda, Inggeris, Jepun, kemudian Inggeris lagi negara kita diperkotak-katikkan oleh kuasa asing. Lebih 500 tahun kita hidup di bawah ihsan penjajah, mengemis meminta hak dan kedudukan di tanah air sendiri.
Kini negara Malaysia telah merdeka, ditadbir oleh anak watan. Kini Malaysia mampu mengorak langkah bersaing di pentas global dengan negara-negara maju dalam pelbagai bidang.

Comments
Post a Comment