KATA HIKMAT...!
DEFINISI:-
- Satu bentuk pengucapan baharu yang wujud melalui proses perkembangan bahasa Melayu dan dikarang khas untuk memperingati sesuatu peristiwa atau keadaan.
- Ucapan ini digunakan untuk aktiviti sosial, alam sekitar, politik, ekonomi dan pendidikan.
- Kata-kata hikmat mempunyai pengertian dan makna yang tinggi dan mendalam.
- Pengucapan ini digunakan bagi tujuan menimbulkan semangat dan kesedaran tentang pentingnya sesuatu nilai hidup.
- Bahasa jiwa bangsa = Bahasa ialah semangat sesuatu bangsa - bahasa ialah ciri pengenalan bangsa.
- Bahasa menunjukkan bangsa = Daripada pertuturan seseorang itu dapat diketahui asal keturunannya.
- Bersekutu bertambah maju = Perpaduan dalam kalangan rakyat menjamin keamanan negara.
- Muafakat itu berkat = Bekerjasama banyak membawa faedah.
- Jikalau ada jalan masuk, tentu ada jalan keluar = Setiap masalah pasti ada penyelesaian.
- Hidup ini satu perlumbaan = Kehidupan ini penuh dengan cabaran.
- Jangan pandang orang berkata, pandanglah perbuatannya = Sentiasa berhati-hati menilai seseorang.
- Hilang bahasa, lenyaplah bangsa = Jika sesuatu bahasa itu pupus, maka pupuslah bangsanya.
- Bertenang itu pencuri masa = Kerja bertangguh itu merugikan diri sendiri.
- Membaca jambatan ilmu = Membaca dapat menambah ilmu pengetahuan.
- Pokok kebenaran menghasilkan buah yang pahit = Sesuatu yang benar menyusahkan orang bersalah.
- Tangan yang menghayun buaian itu dapat memerintah dunia = Wanita turut berperanan membangunkan negara.
Comments
Post a Comment