SOALAN PERCUBAAN 2013 SBP (TATABAHASA)....!

MARKAH PERCUMA..?
Kesempatan ini cikgu akan cuba berkongsi dengan pembaca tentang soalan 'memilih pasangan ayat yang betul' iaitu soalan 25. Soalan ini agak mencabar dan mengelirukan bagi sesetengah pelajar.

Soalan 25
  • I    Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa 
               kedua-dua orang tuanya.
  • II   En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman anak emasnya itu.
  • III  Kerajaan akan terus memperkasakan industri pelancongan negara.
  • IV  "Berapa umur adik kamu yang comel ini?" tanya jurujual sambil mencubit pipi adikku yang comel
                itu.
  • A I dan II
  • B II dan III
  • C III dan IV
  • D I, II, III dan IV   
ANALISIS:-

Ayat I
- Salah frasa kerja transitif > sepatutnya menceritakan peristiwa itu semula.
Ayat II
- Salah dari segi maksud ayat > sepatutnya memperisterikan anaknya dengan gadis idaman (ayat II bermaksud mengahwinkan lelaki dengan lelaki...!)
Ayat III
- Salah dari segi pengimbuhan kata adjektif 'perkasa' kata yang bermula dengan huruf 'p' apabila menerima imbuhan meN-, huruf 'p' akan dilenyapkan; contonnya pasti > memastikan, pukul > memukul. Jadi perkasa > memerkasakan!
Ayat IV
- Betul kerana walaupun kata tanya 'berapa' tidak digunakan bersama dengan partikel 'kah', kehadiran partikel pada kata tanya hanyalah 'sunat' sahaja; contohnya siapa nama awak?, Di mana awak tinggal? masih betul walaupun tiada partikel 'kah' dalam ayat tersebut.

RUMUSAN:-
Pada pendapat cikgu, untuk soalan 25 di atas hanya ayat IV sahaja yang betul, dan  tiada jawapan pilihan yang disediakan.

Apakah pandangan anda?

Comments

  1. perkasa apabila menerima apitan meN-kan tidak mengalami pengguguran huruf kerana termasuk dlm kekecualian dan kekal sbg memperkasakan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberikan respons untuk perbincangan itu. Perkara sama ada terdapat pengecualian atau tidak saya belum mendapat kepastian lagi. Pengekalan huruf 'p' hanya berlaku kepada kata pinjaman sahaja, seperti proses > memproses dll. Saya pernah bertanya kpd cikgu Ghalib (Munsyi Dewan) tentang perkara ini, dan beliau bersetuju ejaan memerkasakan yg betul. Sila rujuk buku soal jawab cikgu Abdul Chalib....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts