ANJAKAN PARADIGMA...!

Frasa anjakan paradigma begitu kerap kita temukan sama ada dalam penulisan mahupun percakapan sehari-hari. Bunyinya agak asing terutamanya 'paradigma'. Mari kita analisis makna frasa tersebut.
  • Anjakan = Hasil menganjak, peralihan
  • Paradigma = Merujuk makna lingkungan atau batasan pemikiran seseorang atau kumpulan pada sesuatu masa yang dipengaruhi pula oleh faktor pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran.
  • Anjakan paradigma = Peralihan pemikiran/pengetahuan dari satu lingkungan kepada sesuatu yang baharu (biasanya kepada yang lebih baik)
  • Contoh ayat:-
  1. Setiap orang sewajarnya melakukan anjakan paradigma untuk meningkatkan kualiti diri.
  2. Masyarakat yang sukar melakukan anjakan paradigma biasanya sukar menerima pembaharuan.

Comments

Post a Comment

Popular Posts