CERPEN MELLISA...!

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM CERPEN MELLISA
KARYA ABDULLAH HUSSAIN

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN



Tema



Kasih sayang antara dua budaya
Mellisa seorang gadis berketurunan Cina pernah menjalin hubungan cinta dengan Hisyam,  seorang budak Minang tetapi hubungan mereka terputus apabila Hisyam mati. Apabila dewasa, Mellisa jatuh cinta pula kepada Syahid kerana mempunyai wajah seiras Hisyam tetapi terhenti begitu sahaja kerana Mellisa meninggalkan Syahid demi tugasnya kepada negara








Persoalan

Persoalan semangat cinta akan negara
Mellisa sanggup mengorbankan kepentingan peribadinya dengan meninggalkan Syahid demi tugasnya mempertahankan negara tercinta
Persoalan persengketaan antara kaum menjejaskan keharmonian
Hisyam dan ibu Mellisa menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling
Persoalan kepentingan sejarah negara sebagai pedoman hidup
Mellisa membuat tesis berkenaan peristiwa 13 Mei supaya menjadi rujukan kepada generasi akan datang supaya menjaga keharmonian kaum
Persoalan keberanian mempertahankan orang yang dicintai
Hisyam sanggup menumbuk budak Inggeris kerana cuba memegang tangan Mellisa
Persoalan kepentingan perpaduan kaum
Hubungan yang baik antara kaum di Malaysia mampu mengukuhkan perpaduan negara
Persoalan hubungan baik tanpa batasan agama dan keturunan
Hubungan yang rapat antara Hisyam dan Mellisa tidak dibatasi dengan perbezaan agama dan keturunan

Watak & perwatakan


Mellisa
Seorang yang bersemangat patriotik
Mellisa sanggup mengorbankan kepentingan peribadi dengan meninggalkan Syahid demi tugasnya mempertahankan negara
Seorang yang menghargai sejarah
Mellisa membuat tesis berkenaan peristiwa 13 Mei untuk mencari punca dan cara mengelakkan kejadian yang sama berulang
Seorang yang penyayang
Mellisa sentiasa mengingati Hisyam yang dikenalinya Sejas kecil walaupun Hisyam telah meninggal dunia
Seorang yang berfikiran terbuka
Mellisa yang berketurunan Cina berkawan baik dengan Hisyam seorang budak Minang tanpa membezakan batasan agama dan keturunan

Watak & perwatakan

Hisyam
Seorang yang penyayang
Hisyam menyayangi Mellisa dan berjanji akan mengahwini Mellisa apabila dewasa nanti
Seorang yang berani
Hisyam menumbuk seorang budak Inggeris kerana cuba memegang tangan Mellisa
Seorang yang rajin
Hisyam sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi
Seorang yang bercita-cita tinggi
Hisyam bercita-cita ingin menjadi peguam atau tentera
Watak & perwatakan

Syahid
Seorang yang berani
Syahid berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa
Seorang yang penyayang
Syahid menyayangi Mellisa
Seorang yang suka berterus terang
Syahid berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa


Latar masa
13 Mei
Berlakunya rusuhan kaum sehingga mengorbankan Hisyam dan ibu Mellisa
Waktu maghrib
Hisyam pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah
Siang
Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar




Latar tempat
Pejabat syarikat surat khabar
Mellisa dan Faris berjumpa dengan Syahid untuk membincangkan urusan kerja
Rumah Mellisa
Hisyam menumbuk anak orang putih kerana memegang tangan Mellisa
Kampung baru
Tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya ke rumah pada 13 Mei 1969 yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh
Jalan Petaling
Termpat Hisyam meninggal dunia dan ibunya dibunuh oleh perusuh


Latar masyarakat






Masyarakat yang cinta akan negara
Mellisa sanggup mengorbankan kepentingan diri demi tugasnya kepada negara
Masyarakat yang berani
Hisyam menumbuk seorang budak orang putih kerana memegang tangan Mellisa
Masyarakat yang menjadi mangsa rusuhan kaum
Hisyam dan ibunya terbunuh semasa rusuhan kaum di Jalan Petaling
Masyarakat yang saling menyayangi tanpa batasan agama dan keturunan
Hisyam seorang minang dan Mellisa seorang Cina menjalinkan hubungan cinta
Masyarakat yang rajin
Hisyam rajin membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak





Nilai
Patriotik
Mellisa meninggalkan Syahid demi tugasnya mempertahankan negara
Keberanian
Hisyam berani menumbuk budak orang putih kerana memegang tangan Mellisa
Kasih sayang
Mellisa menyayangi Hisyam walaupun Hisyam sudah meninggal dunia
Kegigihan
Hisyam gigih membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak
Perpaduan
Perpaduan antara kaum sangat penting untuk keamanan negara





Pengajaran
Kita hendaklah menjaga keharmonian antara kaum
Peristiwa seperti 13 Mei tidak akan berlaku jika semua kaum saling menghormati dan bertolak ansur
Kita hendaklah menyayangi seseorang walaupun berbeza budaya
Hisyam, seorang minang menyayangi Mellisa, seorang Cina dan berjanji akan mengahwini Mellisa apabila dewasa nanti
Kita hendaklah rajin membantu keluarga
Hisyam rajin membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak
Kita hendaklah sayang akan negara
Mellisa sanggup meninggalkan Syahid demi tugasnya mempertahankan negara
Kita hendaklah berani mempertahankan orang yang disayangi
Hisyam berani menumbuk budak orang putih kerana memegang tangan Mellisa


Gaya Bahasa

Peribahasa
Bertegang urat leher
Tidak lari gunung dikejar
Simile
Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam
Metafora
Bisul rusuhan
Personifikasi
Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya
Sinkope
”Aku tak nampak hujan pun,” kata Syahid

Sumber: Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman

Comments

Popular Posts