ESEI: LANGKAH MELINDUNGI HIDUPAN LIAR...!


PENDAHULUAN:-
  • Menurut Pengarah Konservasi dan Kepelbagaian Biologi, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, hidupan liar yang ada pada hari ini wajar dilindungi agar kelangsungan spesies terjamin sekali gus mengelakkan nasib yang sama seperti spesies dinosaur daripada berulang.
  • Kebanyakan spesies hidupan liar di negara kita dilindungi dengan wujudnya Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
  • Haiwan yang dilindungi tidak boleh dipelihara, ditangkap atau dibunuh melainkan dengan kebenaran pihak jabatan dan kementerian berkenaan.
  • Mereka yang melanggar peraturan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.
IDEA-IDEA PENTING: (langkah melindungi)
  • Langkah penguatkuasaan undang-undang oleh PERHILITAN.
  • Mewujudkan kawasan hutan simpan sebagai usaha melestarikan habitat hidupan liar.
  • PERHILITAN menubuhkan bank genetik yang diletakkan di Muzium Spesimen yang menyimpan DNA setiap haiwan yang menghadapi masalah kepupusan seperti burung upin, badak jawa, harimau belang, burung botak dll.
  • Menempatkan haiwan tertentu di zoo untuk tujuan perlindungan dan pembiakan.
  • Kempen kesedaran agar menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat betapa perlunya dilindungi hidupan liar.
  • Pihak kerajaan melalui agensi PERHILITAN menyediakan intensif khas kepada sesiapa yang melaporkan aktiviti pemburuan haram.
  • Mewujudkan petempatan khas bagi proses pembiakan, penjagaan seperti hutan Sepilok khusus untuk orang utan.
  • PERHILITAN juga berusaha membiakkan spesies terancam bagi mencapai jumlah populasi tertentu.
  • Media massa perlu turut sama menyedarkan masyarakat betapa kita perlu bertanggungjawab menjaga khazanah negara untuk generasi akan datang.
  • Kerajaan wajar mengehadkan pengeluaran lesen senjata untuk kegiatan pemburuan.
  • Pendidikan tentang pelestarian hidupan liar perlu diajarkan di peringkat sekolah rendah lagi.
  • Kerajaan dan Pihak berkuasa negeri mestilah mengawal pembukaan tanah hutan untuk pembangunan.
PENUTUP:-
  • Pepatah Melayu ada menyebut, patah tumbuh hilang berganti. Walau bagaimanapun, tidak semua yang hilang itu akan kembali. 
  • Hidupan liar juga merupakan sebahagian daripada khazanah negara yang mesti dipelihara untuk pengekalan ekologi dan tatapan generasi akan datang.
  • Semua pihak mesti bersungguh-sungguh dalam usaha melindungi hidupan liar.
  • Alang-alang berdakwat, biar jadi hitam.

Comments

Popular Posts