ESEI: PENULARAN PENYAKIT BERBAHAYA...!

FAKTA PENTING SEBELUM MENULIS ESEI:-

  • PENYAKIT JANTUNG

Jantung merupakan organ yang sangat penting bagi manusia, kerana ia diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehingga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan yang diperlukan untuk metabolisme tubuh. Oleh itu, jantung perlu dijaga supayadapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Penyakit jantung ialah penyakit yang menyerang jantung manusia dan urat-urat darah. Penyakit-penyakit dapat mempengaruhi bahagian badan mana-mana pun dari jantung. Contoh penyakit adalah seperti penyakit jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik. Penyakit yang paling umum adalah penyakit kronis pada arteria koroner. Penyakit jantung koroner merupakan penyakit yang paling tertinggi diderita. Penyakit ini sering menyebabkan serangan jantung pada seseorang manusia sehingga terjadinya pembuluh arteri yang berfungsi untuk menyediakan darah ke otot jantung menjadi tersumbat dan melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung dan akhirnya menyebabkan kematian.
  • OBESITI
Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja? YA !!!
• Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.
• Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
• Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.
• Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar.

  • INFLUENZA
Apa itu penyakit? Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia seperti penyakit berjangkit, penyakit genetic, penyakit autoimun, penyakit toksik, penyakit kekurangan(zat), penyakit endokrin dan sebagainya. Penyakit ini boleh disebabkan kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga penyakit boka/keturunan. Di antara kalanga semua penyakit, penyakit berjangkit adalah penyakit terbesar dan terkenal. Salah satu penyakit berjangkit yang terkenal dan masih dikira sebagai penyakit baru ialah Influenza A (H1N1).

Penyakit Influanza A (H1N1) berlaku semenjak tahun lepas bermula dari 24 April 2009 yang telah diisytiharkan oleh Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influanza A (H1N1)(Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi ‘pendemik’ atau wabak yang akan merebak. Swine Flu yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruhan dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat. Shingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di Amerika Syarikat. Bagi di Negara Malaysia pula wabak Swine Flu bermula pada Mei-Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009, terdapat kes di Malaysia.

  • TALASEMIA
Penyakit Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal.Pesakit Talasemia menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah, kekurangan sel darah merah yang normal menyebabkan pesakit tersebut sering kelihatan pucat disababkan oleh paras hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen dan gen tersebut diwarisi daripada ibu dan juga bapa.Oleh itu,penyakit Talasemia dikatakan sebagai penyakit keturunan atau genetik kerana penghidap penyakit ini mewarisi gen ayah atau ibu yang menghidap Talasemia. Selain itu,penyakit talasemia tidak dijangkiti melalui pemindahan darah,udara,air,melalui sentuhan fizikal dan juga kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Di Malaysia,talasemia merupakan masalah kesihatan yang besar kerana dari beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pembawa gen talasemia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus atau 1 dalam 20 orang rakyat Malaysia.Dengan itu dianggarkan seramai 600,000 hingga 1 juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.

  • KENCING MANIS
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Hal ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak di bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Hal inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Oleh hal itu, badan kita akan kekurangan tenaga.

  • BATUK KERING
Penyakit batuk kering ataupun Tuberkolosis merupakan satu penyakit yang amat bahaya. Ia juga dikenali sebagai TIBI. Penyakit ini jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini biasanya menyerang paru-paru. Selain itu, ia juga dapat menyerang sistem-sistem badan lain. Sistem-sistem ini seperti  menyerang sistem saraf tujung, sistem peredaran, sistem limfatik, tulang, sendi dan lain-lain.
                              
 Tanda-tanda peyakit yang dijangkit akan batuk berdarah atau berkahak. Iaitu mereka yang berjangkit adalah sangat susah untuk menghentikan batuknya, dan dia mungkin akan batuk berterusan sehingga 2 minggu sampai berdarah. Selain itu, pesakit juga mempunyai tanda lemah dan keletihan. Mereka akan sentiasa tiada ada sebarang semangat dan berasa letih. Seterusnya, berat badan mereka akan susut. Ia akan susut hingga kita tidak dapat mengenali siapa dia. Mereka akan berasa sakit di bahagian dada. Ini disebabkan paru-paru mereka telah diserang oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis, dan menyebabkan dada mereka berasa sakit sangat. Pesakit akan sentiasa mengalami kesakitan dada semasa menarik nafas panjang dan juga batuk. Tanda-tanda seperti menggigil, demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam juga sebagai tanda-tanda penyakit TIBI.


Comments

Popular Posts