SOALAN PERCUBAAN 2013 SBP (NOVEL)...!


Bahagian D
[10 markah]

Jawapan anda mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di tingkatan 3 seperti berikut:-
  1. 6.20 karya Siti Jasmina Ibrahim
  2. Merenang Gelora karya Ruslan Ngah
  3. Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman
Berdasarkan satu daripada novel di atas, huraikan tiga watak sampingan berserta perwatakan yang sesuai bagi novel tersebut.

CONTOH JAWAPAN:-

Novel 6.20 karya Jasmina Ibrahim mengutarakan pelbagai watak yang sama-sama menghidupkan jalan cerita yang menarik. Novel ini mengetengahkan Nur Sukma sebagai watak utama, manakala Puan Delia, Haji Syaqir, Teja, Reny, Jerry, Iskandar, Kak Ros, Rafiq, wanita tua, Abang Aim, Aim kecil, Su Ani dan Pak Rashid sebagai watak sampingan.

Watak sampingan pertama yang ingin saya huraikan ialah Puan Delia. Beliau ialah ibu Nur Sukma dan isteri kepada Haji Syaqir. Menghidap penyakit darah tinggi. Perwatakan Pn. Delia ialah seorang yang penyayang, buktinya beliau menghadiahi Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.

Watak sampingan kedua ialah Haji Syaqir. Beliau merupakan ayah Sukma yang menjawat jawatan pengerusi jawatankuasa kampung. Perwatakan beliau pula ialah beliau seorang yang prihatin akan masalah anak buah kampungnya. Beliau berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

Manakala watak sampingan ketiga yang akan dihuraikan ialahTeja. Beliau seorang mahasiswa di IPTA dan teman karib kepada Sukma sejak berusia 13 tahun lagi. Perwatakan Teja ialah beliau seorang yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Teja bersama-sama Sukma sentiasa berusaha membantu rakan-rakannya yang terlibat dengan kumpulan WX2 seperti Reny, dan Jerry. 

Skema bagi soalan novel:-
  • Isi           - 6
  • Bahasa - 4
  •              - 10

Comments

Popular Posts