SOALAN PERCUBAAN 2013 SBP(komsas)...!

Soalan 36 - 40
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

HARI AKHIR PERSEKOLAHAN

Ada suara hati
yang tersisip
di celah buku-buku
ada mata batin
yang mengintip
pesan para guru
ada air jernih
yang tumpah
dalam dakapan perpisahan
ada tangan nakal
yang mengukir;
merdeka, kita ke takah dewasa!

Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib

(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung,
Tingkatan 1, DBP)


36. Apakah pesanan gurunya kepada penyajak?
  • A. Belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga tercapai cita-cita.
  • B. Menyimpan buku-buku sekolah untuk mengulang kaji pelajaran.
  • C. Janganlah nakal dan mengganggu kawan-kawan setelah dewasa.
  • D. Mengingati ajaran guru agar memanfaatkan ilmu yang digunakan.
37. Maksud baris ada air jernih yang tumpah ialah....
  • A. penyajak malu.
  • B. penyajak keliru.
  • C. penyajak menangis.
  • D. penyajak menyesal.
38. Apakah gaya bahasa bagi frasa mata batin dalam baris keempat sajak itu?
  • A. personifikasi
  • B. hiperbola
  • C. metafora
  • D. anafora
39. Berikut merupakan persoalan yang diperoleh daripada sajak di atas, kecuali..
  • A. kesedihan berpisah dengan rakan-rakan dan guru.
  • B. kegembiraan menempuh alam baharu.
  • C. mementingkan ilmu pengetahuan.
  • D. pesanan guru untuk murid.
40. Mengapakah penyajak menggambarkan kepelbagaian ragam pelajar semasa hari akhir persekolahan
      tiba?
  • A. Rakan-rakan penyajak sememangnya banyak kerenah.
  • B. Penyajak berasa sangat seronok mengakhiri zaman persekolahannya.
  • C. Penyajak berharap rakan-rakannya akan menjadi insan yang berguna.
  • D. Setiap insan mempunyai emosi tersendiri apabila tamatnya zaman persekolahan.

02/1@ 2013 Hak Cipta BPSBPSK

** Tinggalkan jawapan anda ( sama ada A, B, C atau D ) di dalam ruangan komen dan 'hantar' jawapan tersebut kepada cikgu.


Comments

Popular Posts