PERIBAHASA SPM...!
Soalan tentang peribahasa/kata hikmat/cogan kata terkandung dalam Bahasa Melayu Kertas II, iaitu soalan 3(e): Bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa. Soalan yang bernilai 6 markah ini sering diabaikan oleh calon. Amat jarang-jarang sekali cikgu menemukan jawapan calon yang memperoleh markah penuh iaitu 6/6. Cikgu sering juga dikemukakan soalan tentang skop peribahasa yang mungkin ditanya, buku kamus peribahasa apa yang paling sesuai? Pada pendapat cikgu, peribahasa-peribahasa yang mungkin ditanya biasanya yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4 dan 5. Selain itu menganalisis soalan-soalan peribahasa SPM terdahulu amat membantu. Cuba lihat analisis yang cikgu buat tentang peribahasa yang disoal mengikut tahun SPM.
SPM 2005:-
- Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
- Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.
- Ukur baju di badan sendiri.
- Bahasa menunjukkan bangsa/Bahasa jiwa bangsa/Bahasa melambangkan bangsa.
- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
- Bahasa jiwa bangsa.
- Bagai dakwat dengan kertas
- Seperti air dalam kolam
- Bagai menatang minyak yang penuh.
- Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
- Hati gajah sama dilapah, hati kumah sama dicecah.
- Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung/Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
- Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
- Jauh berjalan luas pemandangan/pandangan.
- Bagai aur dengan tebing.
- Rajin dan usaha tangga kejayaan/Kalau tidak dipecahkan ruyung,masakan dapat sagunya.
- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat/Muafakat membawa berkat.
- Bagai cincin dengan permata/Bagai pinang dibelah dua.
- Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
- Seperti ikan pulang ke lubuk/Seperti belut pulang ke lumpur/Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga/Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.
Comments
Post a Comment