MEMBAIKI, MEMPERBAIK, DAN MEMPERBAIKI...!
Adakah ketiga-tiga patah perkataan di atas itu betul atau sebaliknya. Cuba kita analisis perkataan-perkataan tersebut.
- Membaiki bermaksud menjadikan sesuai yang rosak agar menjadi baik, Contohnya, mereka sedang membaiki basikal yang rosak itu.
- Memperbaik pula bermaksud menjadikan sesuatu yang sudah baik supaya menjadi lebih baik. Contohnya, kerja-kerja memperbaik jalan tar itu diteruskan walaupun hujan lebat.
- Manakala perkataan memperbaiki pula tidak tepat dari segi hukum bahasa (tidak gramatis); iaitu Imbuhan awalan berangkap mem + per jika digunakan kepada kata adjektif, maka tidak perlu lagi dimasukkan imbuhan akhiran 'i' ataupun 'kan'. Contoh kesalahan lain ialah:-
- memperdalamkan X sepatutnya memperdalam
- memperdalami X sepatutnya memperdalam atau mendalami
- mempercepatkan X sepatutnya mempercepat
- memperhebatkan X sepatutnya memperhebat
- memper + KA > tiada akhiran -kan atau -i. (KA ialah kata adjektif)
- diper + KA > tiada akhiran -kan atau -i
Terima kasih cikgu
ReplyDelete