POLA AYAT....!

Pola ayat menyentuh kerja buat kita dalam menganalisis ayat dasar. Ayat dasar ini pula merupakan ayat yang paling asas yang hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat.
Ayat dasar tidak mempunyai frasa keterangan.
Pola ayat dasar terbahagi kepada empat, iaitu:-
  • FN + FN (frasa nama + frasa nama)
  • FN + FSN (frasa nama + frasa sendi nama)
  • FN + FA (frasa nama + frasa adjektif)
  • FN + FK (frasa nama + frasa kerja)
Melalui tajuk ini, pelajar biasanya diuji tentang jenis pola-pola ayat yang diberikan. Pelajar mestilah dapat membezakan pola ayat tersebut sama frasa nama, frasa sendi nama, frasa adjektif ataupun frasa kerja. Di bawah disenaraikan contoh ayat mengikut jenis-jenis pola ayat.
  • Pola FN + FN
  1. Saya / seorang guru.
  2. Ibu negeri Kelantan / ialah Kota Bharu.
  3. Bulan Ramadan / bulan yang mulia.
  4. Ceramah itu / ceramah tentang Maulidur Rasul.
  • Pola FN + FSN
  1. Saya / akan ke Kota Bharu sebentar lagi.
  2. Buku itu / di atas meja.
  3. Dia berpuasa / kerana Allah.
  4. Surat itu / daripada orang gajinya.
  • Pola FN + FA
  1. Kereta itu / sangat mahal.
  2. Dia / hampir-hampir terjatuh tadi.
  3. Industri pertanian / amat penting kepada negara.
  4. Besar harapan awak / besar lagi harapan saya.
  • Pola FN + FK
  1. Dia / membaling batu.
  2. Mereka / bekerja di Singapura.
  3. Jawapan yang diberikan itu / merujuk Kamus Dewan.
  4. Portugal / telah memenangi perlawanan pada pagi tadi.

Comments

Post a Comment

Popular Posts