BAGAI ISI DENGAN KUKU...!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8ebism6iUCLIO8QxGuZHKGriHOC6Y6MEwA92vQ9oF4NtALE9Pr7RIZO6KcbgrdIewSRSGJjRyTHW92YAhvC97dJvS2pyBVqTZDy73wR6Klq308TtjdGvT9VM_tJ-WR-MEBAz09WfCJ5o/s200/Bart-and-his-friend-Milhouse.png)
Sesetengah maksud peribahasa amat mudah dikesan kerana makna kata dan susun katanya sudah menjelaskan maksud peribahasa yang tersirat.
- Bagai isi dengan kuku = Persahabatan yang erat.
- Seperti bumi dengan langit = Perbezaan yang sangat ketara.
- Bumi mana yang tidak ditimpa hujan = Semua orang melakukan kesalahan.
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing = Susah dan senang ditanggung bersama-sama.
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya = Mendidik anak hendaklah dari kecil lagi.
- Ukur baju di badan sendiri = Setiap kerja yang dilakukan mestilah sesuai dengan keupayaan diri.
- Menangguk di air keruh = Mencari untung dalam keadaan kacau-bilau.
- Sediakan payung sebelum hujan = Membuat persediaan awal sebelum datang musibah.
Comments
Post a Comment