WATAK/PERWATAKAN SDL...!
BUJEI / HAFIZ
WATAK:-
- Bapanya seorang tentera dan telah meninggal dalam satu kemalangan.
- Ibunya bernama Fatimah dan telah berkahwin lain, suami baharunya ialah Harun.
- Dianggap punca kematian ibunya apabila Harun menuduhnya bermain pelita dan menyebabkan kebakaran.
PERWATAKAN:-
- Seorang yang bertanggungjawab - cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia juga dihalang oleh orang ramai.
- Hidup keseorangan dan menjadi kurang normal setelah kematian ibu dan neneknya.
- Tabah dan sabar - menghadapi kerenah orang kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan sering menjadi mangsa buli.
- Menaruh hati pada Same'ah dan Adila.
- Takut akan Alias - tidak pernah membantah suruhan Alias seperti membasuh motor, terjun ke dalam sungai, dan mengotorkan diri sendiri.
- Kuat menuntut janji - berkeras mahukan upah yang dijanjikan oleh Alias setelah membasuh motor.
- Bujei menjadi normal setelah dibantu oleh Adila.
ADILA
WATAK:-
- Anak saudara Sidang Saman dan Mak Lamah, serta sepupu Same'ah.
- Lulusan universiti dari England, memiliki ijazah dalam bidang psikologi.
- Membawa diri ke kampung kerana kecewa setelah tunangnya Faizal, berkahwin dengan orang lain.
- Gigih berusaha membantu Bujei kembali menjadi normal.
- Menghormati orang tua - menerima nasihat dan teguran Mak Lamah tentang hubungannya dengan Bujei.
- Berpendirian tegas - menolak pinangan Alias dan tetap tidak menerima Faizal walaupun dipujuk dan dirayu.
- Sabar dan tabah menghadapi fitnah - dituduh berzina dengan Bujei dan menghidap AIDS.
ALIAS
WATAK:-
- Anak kepada Mak Som dan cucu kesayangan Opah Arah.
- Jatuh cinta dengan Adila - meminta bantuan neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih.
- Menjadi sasau apabila Adila menolak cintanya.
- Suka berlumba motosikal sehingga terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan Sahak cedera parah.
- Cepat bangga diri apabila dipuji oleh rakannya yang ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya.
- Suka membuli - menyuruh Bujei mencuci motosikalnya, menyuruh Bujei mengotorkan diri sendiri.
- Suka membuat fitnah - memfitnah Adila menghidap AIDS dan Bujei menghidap penyakit kulit dan maniac.
Comments
Post a Comment