DUDUK...!
Bina setiap ayat bagi setiap perkataan di bawah tanpa menambah atau membuang imbuhan serta menjadikannya sebagai kata nama khas.
- duduk
- duduk-duduk
- penduduk
- menduduki
- mendudukkan
- kedudukan
- diduduki
- pendudukan
- terduduk
- bersekedudukan
Jawapan:-
- Jangan duduk di atas kerusi yang reput itu.
- Sambil duduk-duduk, mereka berbual-bual kosong sementara menunggu anak pulang dari kota.
- Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama.
- Penjajah Portugis mula menduduki Tanah Melayu pada tahun 1511.
- Jururawat itu mendudukkan pesakit itu di atas kerusi roda.
- Kelantan kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan B setelah tewas 1-3 kepada T-Team.
- Rumah tumpangan itu pernah diduduki oleh pelancong asing dari Jerman.
- Pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah lebih kurang tiga tahun setengah.
- Dia jatuh terduduk setelah mendengar berita yang mengejutkan itu.
- Pasangan yang ditangkap bersekedudukan itu akan didakwa di mahkamah.
roda
ReplyDelete