KESALAHAN TATABAHASA PT3...!
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
- Orang yang dituduh mencuri itu adalah seorang perempuan tua yang melarat itu.
- Selain daripada aktiviti bersukan, aktiviti keluarga juga sesuai dijalankan di lokasi itu.
- Walaupun telah berminggu operasi itu berlangsung, namun kejayaannya belum dicapai.
- Mereka sedang membincangkan tentang isu kemarau akibat fenomena El-Nino.
- Kelihatan burung-burung berterbangan di udara pulang ke sarang apabila hari mula senja.
- Beberapa kawasan petempatan yang rendah kini dinaiki air banjir.
- Begitu hebat sekali penampilan yang ditonjolkan oleh artis tersohor itu.
- Buku yang bertajuk 'Himpunan Hadis-hadis' itu laris amat di pasaran.
- Untuk meningkatkan lagi keuntungan, peniaga itu sanggup memanjangkan masa urus niaga.
- Suami-isteri itu dinobatkan sebagai pemenang anugerah 'pasangan paling ceria' dalam majlis itu.
Comments
Post a Comment