ESEI: RASUAH: PUNCA DAN LANGKAH MEMBANTERASNYA...!
PENDAHULUAN:
- Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 mendefinisikan amalan rasuah sebagai penerimaan apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakan untuk membolehkan seseorang melakukan sesuatu perbuatan atau tidak diambil sebarang tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Antara contoh suapan tersebut termasuklah wang ringgit, komisen, hadiah, lesen, tanah dan seumpamanya.
- Persoalannya kini mengapakah perbuatan rasuah ini boleh berlaku dan semakin berleluasa di negara kita sejak belakangan ini.
- Peningkatan jumlah kes rasuah yang berjaya dibongkar kini adakah disebabkan oleh pertambahan dari segi perlakuan rasuah dalam kalangan masyarakat atau kerana kecekapan petugas membanteras rasuah semakin menyerlah.
- Pelbagai punca yang mendorong kejadian rasuah akan dikupas dengan mendalam sambil membincangkan juga langkah-langkah yang proaktif membanteras gejala yang merosakkan negara ini.
IDEA-IDEA PENTING:
- PUNCA-PUNCA BERLAKU RASUAH
- Dorongan nafsu manusia yang inginkan kekayaan dalam sekelip mata
- Kelembapan jentera pentadbiran kerajaan
- Kakitangan kerajaan atau swasta yang berpendapan rendah dan bebanan hidup
- Kelemahan dari segi penguatkuasaan
- Hukuman terhadap pesalah ringan dan tidak berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan
- Kesedaran betapa rasuah boleh menghancurkan negara masih rendah dalam masyarakat
- Semakin ramai anggota masyarakat meninggalkan agama
- LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS KES RASUAH
- Kempen kesedaran perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh agar nafsu tamak, mengejar kekayaan dengan cara rasuah dapat dibendung.
- Setiap kementerian terutamanya yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi memastikan kakitangannya berkhidmat dengan cekap dan sistematik.
- Kerajaan dan majikan perlu sentiasa membuat semakan dan pelarasan gaji kepada setiap kakitangan berasaskan keadaan ekonomi semasa.
- Bersambung.......
Comments
Post a Comment