ESEI: MANFAAT AKTIVITI BERSUKAN...!
PENDAHULUAN:-
- Bersukan merupakan satu aktiviti yang begitu popular dan digemari belakangan ini.
- Pelbagai jenis aktiviti sukan yang menjadi pilihan, antaranya bola sepak, badminton, hoki, tenis, joging, berenang, angkat berat dan lain-lain.
- Aktiviti sukan ini biasanya dijalankan pada waktu senggang seperti selepas waktu persekolahan, selepas waktu kerja mahupun pada cuti hujung minggu.
- Pelbagai manfaat yang akan kita peroleh jika menyertai aktiviti sukan.
IDEA-IDEA PENTING:-
- Dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
- Dapat menjauhkan diri daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit yang berkaitan kardiovaskular.
- Bersukan dapat mengasah dan menggilap bakat serta dapat melahirkan atlet berwibawa pada masa depan.
- Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat perpaduan, setia kawan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
- Dapat mengurangkan stres dan permasalan yang dihadapi.
- Menjadikan pelajar lebih sihat jasmani dan cerdas mental.
- Dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti yang cenderung ke arah yang negatif.
- Dapat memupuk sikap yakin diri, meningkatkan kemahiran sosial dan menanam sifat kepemimpinan seseorang.
- Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat.
- Aktiviti bersukan juga mampu menjadi sumber pendapatan.
Comments
Post a Comment