LATIHAN EJAAN.....!
Baca
ayat di bawah dengan teliti, kemudian betulkan kesalahan ejaan yang terdapat
dalam ayat tersebut.
1. Majlis
perlantikan Badan Kepimpinan Pelajar akan diadakan pada minggu hadapan.2. Pada 14 haribulan Febuari 2018 nanti akan diadakan majlis sireh pulang ke gagang.
3. Restoran itu ada menjual mee bandung, sate dan kue tiaw goreng.
4. Masyarakat digalakkan membeli insuran pendidikan kepada anak-anak yang masih di bangku persekolahan.
5. Kontingen Malaysia ke Kejohanan Skuasy Remaja Dunia akan diketuai oleh Dato’ Razali.
6. Bandaraya Kuching akan menjadi tuan rumah dalam persidangan alam sekitar peringkat kebangsaan.
7. Penyokong bola sepak yang terlalu taksub akan pasukan negeri sering menimbulkan suasana tegang ketika perlawanan sedang berlangsung.
8. Juru-juruterbang jet pejuang TUDM akan mengadakan latihan penerbangan di Gong Kedak.
9. Pejuang antiIsrael berjaya meletupkan sebuah jambatan di sempadan.
10. Ayah membelikan saya ole-ole berupa pakaian sukan ketika berkunjung ke England.
- perlantikan - pelantikan
- Febuari - Februari; sireh - sirih
- mee - mi; kue tiaw - kuetiau
- insuran - insurans
- kontingen - kontinjen
- Bandaraya - Bandar raya
- taksub - taasub
- Juru-juruterbang - Juruterbang-juruterbang
- antiIsrael - anti-Israel
- ole-ole - oleh-oleh
Comments
Post a Comment