KESALAHAN PENGIMBUHAN...!
Kita kadang-kadang menemukan kesalahan dalam penggunaan imbuhan ketika membaca buku mahupun menonton televisyen. Antara contoh kesalahan penggunaan imbuhan ialah:-
- mengkebumikan sepatutnya (>) mengebumikan
- mempastikan > memastikan
- perlaksanaan > pelaksanaan
- berkerjasama > bekerjasama
- bekerjaya > berkerjaya
- mengembirakan > menggembirakan
- perlantikan > pelantikan
- mensasarkan > menyasarkan
- mewar-warkan > menguar-nguarkan
- mengujudkan > mewujudkan
- merubah > mengubah / merobah
- memperolehi > memperoleh
- pertempatan > petempatan
- mensyorkan > mengesyorkan
- kebanyakkan > kebanyakan
- ke 15 > ke-15
- mengketengahkan > mengetengahkan
- mengabungjalinkan > menggabungjalinkan
- mengemblengkan > menggemblengkan
- memerkasakan > memperkasakan
- beserta > berserta
Comments
Post a Comment