IMBUHAN MENGE-, PENGE-

Imbuhan menge- dan penge- agak istimewa penggunaannya. Kedua-dua imbuhan ini diguna pakai apabila diimbuhkan kepada perkataan-perkataan yang terdiri daripada SATU SUKU KATA. Sila lihat contoh penggunaannya di bawah:-
- pos > mengepos / pengepos
- cat > mengecat / pengecat
- cas > mengecas / pengecas
- lap > mengelap / pengelap
- pam > mengepam / pengepam
- cam > mengecam / pengecam
- mop > mengemop / pengemop
- had > mengehad / pengehad
- sah > mengesah / pengesah
- kod > mengekod / pengekod
- bom > mengebom / pengebom
Comments
Post a Comment