KATA SENDI 'DARIPADA'....!

 Image result for kata sendi daripada
Kata sendi 'DARIPADA' sering digunakan secara SALAH apabila pengguna bahasa Melayu selalu mengganggap penggunaannya SAMA dengan kata sendi 'DARI'.
Sebenarnya kata sendi 'DARIPADA' digunakan untuk menunjukkan:-
  • Orang - Saya menerima hadiah itu DARIPADA Tuan Pengetua.
  • Perbandingan - Saya lebih bijak DARIPADA dia.
  • Asal kejadian - Roti itu diperbuat DARIPADA tepung gandum.
  • Benda abstrak - DARIPADA siasatan polis didapati dia tidak bersalah.
  • Menunjukkan keanggotaan - Pelajar-pelajar sekolah saya terdiri DARIPADA kaum Melayu, Cina dan India.

Comments

Post a Comment

Popular Posts