EJAAN: BETUL/SALAH...!
Beberapa patah perkataan yang sering dieja secara SALAH. Antaranya...
- mensasarkan SEPATUTNYA menyasarkan
- mengenepikan/mengenengahkan SEPATUTNYA mengetepikan/mengetengahkan
- memperolehi/diperolehi SEPATUTNYA memperoleh/diperoleh
- kebanyakkan SEPATUTNYA kebanyakan
- jurukur SEPATUTNYA juruukur
- jimat-cermat SEPATUTNYA jimat cermat
- lebuhraya SEPATUTNYA lebuh raya
- perlantikan SEPATUTNYA pelantikan
- mesyuarat agong SEPATUTNYA mesyuarat agung
- lagenda SEPATUTNYA legenda
- jawatan kuasa SEPATUTNYA jawatankuasa
- ubahsuai SEPATUTNYA ubah suai
- kerinting SEPATUTNYA keriting
- sireh SEPATUTNYA sirih
- memperbanyakkan SEPATUTNYA memperbanyak
- mewar-warkan SEPATUTNYA menguar-uarkan
- matapelajaran SEPATUTNYA mata pelajaran
- tanda tangan SEPATUTNYA tandatangan
- pasaraya SEPATUTNYA pasar raya
- pelakun SEPATUTNYA pelakon
Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletememperhebohkan
ReplyDelete