MAKNA BOREK...!
'BAPA BOREK, ANAK RINTIK'
Perhatikan perkataan yang bermula dengan huruf 'b' di bawah. Adakah kita mengetahui makna-maknanya dan bagaimana pula penggunaannya dalam ayat.
- bonus - bayaran tambahan daripada gaji biasa.
- bonus - bayaran faedah daripada pelaburan atau polisi insurans
- Semua kakitangan awam bergembira kerana diberi bonus sebulan gaji.
- Pelabur ASB menerima bonus lumayan tahun ini.
- borak - berbuai-bual
- Orang kampung suka berborak kedai kopi.
- borek - berbintik-bintik putih seperti pada bulu ayam atau muka manusia
- Ibu ayam itu berwarna hitam tetapi anak-anaknya borek.
- borong - secara keseluruhan, besar-besaran
- Membeli barangan secara borong lebih menguntungkan.
- boros - tidak cermat, suka menghabiskan wang dengan berbelanja besar
- Dia langsung tidak berharta ketika usia tua kerana terlalu boros semasa muda.
Comments
Post a Comment