MUNSYI ABDULLAH...!
Abdullah Munsyi dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.
Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.
Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.
KARYA-KARYA:
- Syair Singapura Terbakar 1843
- Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835)
- Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
- Dawai-Kulub (1838)
- Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)
- Hikayat Abdullah (1843)
- Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).
- Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan (1838)
- Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekkah (1858-9).
- Syair Singapura Terbakar (1843)
- Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?)
- Malay Poem on New Year’s Day (1848)
- Ceretera Kapal Asap (1843)
- Ceretera Haji Sabar ‘Ali (1851)[1]
Comments
Post a Comment