KK TANPA IMBUHAN...!
BINA AYAT DARIPADA KATA KERJA TANPA IMBUHAN
Untuk menjawab soalan 3(a), 1103/2 ; Bahasa Melayu Kertas 2 SPM, calon-calon dikehendaki membina ayat daripada perkataan yang diberikan tanpa melakukan apa-apa perubahan pada kata tersebut seperti menambahkan atau membuang imbuhan, menggunakan kata tersebut sebagai peribahasa atau menjadikannya sebagai kata nama khas. Hal ini demikian, kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada calon-calon tertentu. Mereka secara sedar atau tidak sedar akan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.
Silat amati contoh kesalahan di bawah.
- beli
- Saya beli buku itu di kedai koperasi sekolah. (sepatutnya Saya membeli....)
- Buku itu dibeli oleh saya di kedai koperasi. (sepatutnya dibeli oleh mereka...)
Seharusnya calon-calon sedar bahawa untuk membina ayat BETUL ketika menggunakan kata kerja tanpa imbuhan adalah dengan cara :-
- membina ayat perintah; contoh -
- Sila beli buku di koperasi sekolah @
- Jangan beli buku di kedai itu kerana hanrganya sangat mahal.
- membina ayat pasif diri pertama atau kedua; contoh -
- Buku itu saya beli di kedai koperasi sekolah.
@ - Buku itu awak beli di mana?
- membina ayat cakap ajuk; contohnya -
- Ali: "Saya beli buku itu di kedai koperasi sekolah."
Comments
Post a Comment