ESEI: PERANAN REMAJA DALAM MENGISI KEMERDEKAAN....!
PENDAHULUAN:-
- Negara kita banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan hasil kemerdekaan yang diraih sejak 1957.
- Kemerdekaan telah berjaya menjanakan kehidupan kita yang lebih makmur dengan pelbagai peluang dan ruang yang terbuka luas.
- Negara kita telah membina tapak kukuh dalam semua bidang sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan teknologi.
- Menjadi tanggungjawab dan peranan generasi remaja atau generasi 'Y' dalam memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha-uasa yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu.
- Generasi remaja tidak sepatutnya melupakan jasa dan pengorbanan generasi terdahulu dalam usaha memerdekakan negara selepas dijajah lebih 446 tahun.
- Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas besar generasi remaja manakala usaha memupuk semangat patriotik perlu ditingkatkan.
- Generasi 'Y' wajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kemajuan negara tidak terbantut.
- Generasi remaja perlu memberikan komitmen yang tinggi dengan kesanggupan menyumbang tenaga kepada negara pada bila-bila masa.
- Generasi remaja perlu menggunakan peluang ketika menuntut dengan menguasai pelbagai disiplin ilmu dan teknologi mutakhir agar dapat mempercepat negara menjadi negara maju dan disegani kawan dan lawan.
- Remaja juga perlu giat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dengan memberikan khidmat membantu golongan yang miskin, orang tua, anak-anak yatim dan orang kurang upaya.
- Remaja sepatutnya seharusnya memanfaatkan segala potensi yang ada dalam diri mereka untuk berusaha membangunkan masyarakat.
- Remaja mestilah mengelakkan diri mereka terlibat dengan aktiviti yang sia-sia dan menjahanamkan diri dan masa depan negara.
- Remaja perlu memastikan mereka sentiasa memiliki gaya hidup sihat, cergas, cerdas dan mengamalkan kehidupan bermasyarakat.
- Generasi remaja yang penuh tenaga dan keupayaan perlu sentiasa menyokong dasar-dasar dan langkah-langkah kerajaan dalam kerangka memajukan negara.
- Kesedaran dan kefahaman remaja tentang peranan mereka dalam menjayakan visi dan misi negara akan membantu melestarikan kemakmuran dan mencapai wawasan negara.
- Kemerdekaan yang dipertahankan ini amat besar maknanya jika golongan remaja terus mewarnainya.
- Kemerdekaan ialah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan kepada setiap warganegara yang mendiami ibu pertiwi.
Comments
Post a Comment